Program Latihan Jangkauan Portal Manfaat Oleh LAKSANA
5 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniProgram Latihan Jangkauan Portal Manfaat telah disampaikan oleh pihak LAKSANA bertujuan untuk melatih Pegawai PEDi mengenai kelebihan dan kepentingan Portal Manfaat bagi membantu dan menggalakkan rakyat mengetahui tentang inisiatif kerajaan serta membangunkan komuniti setempat. Portal Manfaat ini harus menjadi portal rujukan utama rakyat dalam mengakses maklumat inisiatif kerajaan. Oleh itu, Pegawai PEDi ditugaskan untuk memberi tunjuk ajar dan pencerahan kepada komuniti yang mempunyai kekurangan fasih digital dengan menerangkan tujuan dan fungsi portal tersebut. PEDi juga memainkan peranan penting sebagai platform utama bagi pengguna untuk mencari maklumat dan memohon inisiatif kerajaan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: