Webinar Akses dan Keselamatan Internet Memperkasa Wanita Malaysia Bidang STEM
28 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menganjurkan sebuah forum bertajuk “Akses Internet Dan Keselamatan Memperkasa Wanita Malaysia Dalam Bidang Stem” pada 27 Julai 2022 secara dalam talian terbuka kepada para pegawai PEDi dah ahli komuniti setempat.
Objektif penganjuran webinar ini adalah untuk membincangkan kepentingan akses Internet yang selamat dan mampan bagi memastikan kanak-kanak perempuan dan belia wanita dapat meneroka dan berkembang maju dalam bidang pekerjaan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).
Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girls in ICT 2022, sebuah sambutan tahunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 11 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Malaysia meraikan inisiatif ini melalui penyelarasan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama rakan strategik dan sektor korporat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: