KDB Jom Kenal Pasti Maklumat Palsu!
11 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniSalah satu teknik untuk mengenal pasti maklumat palsu adalah dengan menyemak fakta kerana kandungan yang tidak benar mudah tersebar di dunia siber dan kemungkinan besar kandungan tersebut telah dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai agenda tertentu.
Oleh kerana itu, anda harus lebih peka dan pastikan maklumat yang diperolehi adalah dari sumber yang sahih untuk mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa maklumat palsu.Hentikan penyebaran maklumat palsu dan beritahu kepada keluarga dan rakan anda supaya berhati-hati dengan apa sahaja maklumat-maklumat yang diterima malah, sentiasa menilai dan semak kesahihan sesuatu maklumat yang diterima.
Jika anda meragui kesahihan sesuatu artikel yang dibaca, atau foto yang dilihat atau video yang ditonton, anda harus membuat penilaian ke atas maklumat tersebut untuk dapat membantu anda menentukan kesahihan ataupun kepalsuannya.Anda haruslah mengambil tahu daripada mana sumber maklumat tersebut kerana dengan cara ini ia akan menggerakkan anda untuk menyemak kesahihan penulis artikel, pengendali kaji selidik, atau penyiar video, dan ini boleh dilakukan melalui carian pantas di Internet.
Memastikan kesahihan sumber berita dan mengetahui prasangka mereka adalah lebih penting daripada mencari sumber tanpa prasangka memandangkan semua orang memiliki prasangka tertentu.
Cara mudah untuk mengenal pasti pembaca sesuatu berita adalah dengan melakukan carian di laman tersebut kemudian, fahami maklumat yang disiarkan menurut pengenalpastian pembaca tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: