Pengisian Online Borang Pencarian Kerja
14 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 Oktober lalu, seorang komuniti Kg Padang Matsirat Puan Rosliza Bt Ghazali, telah hadir ke PIK Kg Pdg Wahid bagi mengisi borang pencarian kerja secara online. Beliau yang merupakan seorang bekas pekerja hotel The Andaman di Langkawi telah diberhentikan kerja hampir 1 tahun akibat kebakaran yang berlaku di hotel tersebut. Sepanjang tempoh tidak bekerja, beliau telah mendapat elaun mencari pekerjaan dari PERKESO selama 9 bulan. Kini, beliau dalam proses panggilan kerja baharu di hotel Four Season Langkawi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: