Kelas ICT Individu ( Mencipta Akaun Email/Gmail Bagi Pencarian Pekerjaan Baru )
23 April 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg Pdg Wahid menjalankan kelas latihan ICT kepada penduduk sekitar berdasarkan SOP yang telah ditetapkan. Oleh itu juga komuniti yang hendak hadir ke pusat internet juga diwajibkan mengikuti segala SOP yang telah ditetapkan ketika berada di Pusat Internet Komuniti. Kelas ICT mencipta akaun email dan gmail yang dijalankan secara individu selama satu jam sahaja iaitu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Kelas yang berlangsung ini bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari Oleh itu, pihak pusat internet komuniti turut akan membimbing para komuniti yang kurang berpengetahuan ICT untuk menjalankan latihan secara individu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: