Tugasan Pengurus Dan Penolong Pengurus Stream Yard Live Studio Oct 2020
12 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 11 oktober 2020,staf pusat internet mengambil inisiatif mengadakan tugasan berkaitan penggunaan aplikasi streamyard live streaming studio bagi sepanjang bulan oktober 2020. Pusat Internet Kg Pdg Wahid telah menjalankan live menggunakan streamyard tentang cara sign up pembelian tiket feri ke Langkawi secara online. Live ini mengajar komuniti secara terperinci tentang cara mereka mendapatkan tiket secara dalam talian tanpa perlu beratur di kaunter tiket.
Selain itu juga,live ini turut mempromosikan usahawan pusat internet. Usahawan pusat internet mempromosikan barangan jualan mereka disamping untuk memperkenalkan jualan mereka.Aktiviti ini secara tidak langsung mampu menaik tarafkan ekonomi usahawan pusat internet. Live ini dijalankan dengan harapan komuniti dapat menggunakan pembelian secara online bagi norma baru ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: