Sesi Kuiz Online Islamik Study Pelajar Kolej Vokasional Langkawi
11 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniBagi para pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi yang mempunyai masalah capaian internet di kawasan rumah, Pusat Internet Komuniti telah menjadi satu kepentingan bagi membantu mereka menggunakan akses capaian internet untuk pembelajaran berterusan dan tugasan kerja mereka. Ianya membantu pelajar berhubung bersama pensyarah dan rakan yang lain.
Dengan kemudahan fasiliti dan persekitaran yang kondusif, pelajar dapat menjalani kelas pengajian dengan lebih berkesan dan selesa di Pusat Internet ini. Dua orang pelajar Kolej Vokasional Langkawi ini telah hadir ke Pusat Internet bagi menduduki kuiz online yang diberikan oleh pensyarah mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: